Wednesday, December 3, 2014

Si Penuntut Ilmu Kembali

                                              Fuuh  fuhh!! *tiup habuk* 
                               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :D 
Haa kemain panjang salam. maklumlah lama tak ketemu. Hyee readerssss. eh ada lagi ke readers blog ni? huhuhu acah readers ramai sat x'D hampir setahun blog ni terbiar tetiba harini terasa nak buka blog hahah rindu pulak nak ber-blog-ing. So harini just nak sapa anda semua dengan sedikit coretan. Harap anda-anda semua sihat begitu juga dengan iman kita. Jangan lupa hati kita ni pun kena kasi makanan rohani yer hehe.

        Pejam celik pejam celik Alhamdulillah harini masih celik. tup2 dah bergelar mahasiswi. cam tak caye je kan. macam-macam rintangan, ujian berhalangan, lompat berpagar semua ombak dan badai lah termasuk saat-saat suka dan duka dah ku lalui. huhehi. apa-apa pun kehidupan harus diteruskan kerana ? kehidupan adalah suatu perjalanan, perjalanan ? mencari Tuhan. yeah, that's right :) carilah redhaNya walau dimana pun kita berada selama nafas masih diberi. 
        
       Tadi, tajuk dalam kelas Falsafah Sains kitorang adalah etika dalam pendidikan. Sebab tu title post ni pun berkaitan ilmu. hehe. So nak share sikit la ke'sentap'an yang me myself rasakan tadi dalam kelas. huhu. btw, tak rasa sentap dalam kelas falsafah sains tu tak sah sebab kita kena tahu dan lihat kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan. anyway I love Falsafah Sains and the lecturer :) ni nak habaq dekat kengkawan di luar sana yang bergelar  pelajar/mahasiswa/mahasiswi *termasuklah empunya diri* jom set niat kita datang ke sekolah/universiti untuk mencari ilmu bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah. Bila dah graduate, bukan bermakna ilmu kita pun terhenti di situ tapi sebenarnya itu adalah permulaan untuk kita meneroka ilmu yang lebih luas. Betul dok? Indeed, ilmu itu tidak mengenal umur. Ilmu tu penting sebab ilmu tu yang akan menjaga kita dengan izinNya kerana dengan ilmu kita akan nampak kebenaran. Share ilmu yang kita ada untuk pembangunan sejagat. Dan dalam kita menuntut ilmu tu, biarlah ikhlas dan jujur. Sekali kita menipu/meniru dalam peperiksaan, selamanya tidak berkat hingga ke pekerjaan, jawatan dan hasil yang kita dapat untuk family dan anak-anak kita nanti. Taknak lah kan. So moh ler kita berusaha jadi manusia yang berakhlak dengan mentality yang first class gitu. In shaa Allah. to find success, we have to always remember Him in everything we do. wallahu'alam ;)

*hope to write again soon, but dunno how long is my 'soon' haha ilalliqa' ! --jumpa lagi jika ada umur yang panjang. doa-doakan <3

Wednesday, December 26, 2012

Mari Berdakwah :')

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. ✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Kredit : Pengukir Kata

Freedom Is Mine :)

------------------------Assalamualaikum dear readers------------------------- So hi there :D the little khalifah is back. lama sangat dah tak update blog nih. bertahun agaknya xD kesian blog nih, berhabuk dah. Almaklumlah, I'm as SPM victim 2012 has been busy with study and exam. Well now, Freedom Is Mine <3 wait, maybe just for a few months. Okno ._. Hoho. Anyway, ape khabar readers ? Semoga semuanya berada di bawah lembayung rahmat Allah, sihat-II belaka hendaknya. Me ? Alhamdulillah, sentiasa sihat dan masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Thanks to Allah :) k now, i'm going to post another entry. Check it out ! See ya :D

Saturday, June 18, 2011

Huh ? KL Gangster ? Tak Minat Lah (==,)


Td abang aku ajk g tgok wayang..sape nk ikot ?

haa, pegi2, ikot ler skali, tp byar asing2, hihi

die ajk g tgok KL Gangster, huh ? KL Gangster ? haiyaa,gua x mnat lah gangster2 nih --,

wlupon filem aksi, aku mgkin bole trtido tahu kt dlm pggung wyang tu nnti, xD

klw g tgok Nur Kasih haa,aku nk la jgk, bru la best bro~ :D

papepon, tggu kluar tv aje la..:D tgok kt tv,,dkt rumh lg,bru best..

hee,blenye nk kluar tv ? stahun ke 2 tahun lg ? pon xpe~ hahaha



time abg aku ajk tuh,adik dgn abg aku yg lg sorg tu ape lg,, smngat aje dorg nk ikot .. -,-

klw aku nk pegi pon, x bole, ayh aku x kasi, ngeh, --,

mak aku plk ckp, haa, bgos la,tu pegi cuci pggan...hadtoiii T.T

nsib baek KL Gangster,klw citer laen mau mnangis aku x dpt pegi..

crite ni je aku x brape nk brkenan, xtau knape, klw crite Kongsi aku ske la jgk,

sbb lawak+ade shaheizy sam..hihi xD

* dorg blik2 nnti, sruh dorg cite aje la kn sng ;D

korg yg dah tgok cite KL Gangster ni klw sudi kongsi2 la citer jgk,huhu

oke la,itu ajeee~ kbye,see ya ! :) trime ksih krane mnyudikan mata untk mmbca ini post (:


Monday, May 30, 2011

슈퍼 주니어 M dkt Putrajaya ! ^^

Assalamualaikum / Annyonghaseyo ~ :D


Nmpk tittle tu ? ngee~ nk cito psal mrekaa,sapo mreka? Mreka lah Super Junior M ! ^_^

Semlm dorg bwt prsmbhan dkt Putrajaya kn?kn? Smpena Hari Belia tu~ tp sye x pgi pon~ T.T

Tp abg sye pgi ! tu yg x puas hti tu~ *jeless* o.O

Untung la sape yg pegi ~_~ dpt tgok dorg live ! huaa~

Dkt sni nk kpilkn bberpa gmbr yg abg aku dpt snap kt sne~

* at least,dpt la jgk tgok gegmbr die,pon ckop.. :/



* dri kri ( ryeowook, henry, sungmin, 2 wnita x dknali, kui2, eunhyuk, kyuhyun n zhoumi ) * donghae dgn siwon x dtg * T.T




* eunkyuk ^_^






* kyuhyun xD


* zhoumi >.<








* oke,itu je la, hehe, bye2 :D


Monday, May 9, 2011

Perhatian kepada Hantu Game !

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Haa, kpade hntu2 game di luar sne, amik prhtian !

korg bkk link ni dn bce sndri !

click SINI ! wajib bce, jgn x bce ! 

lpas bce, rnung2kn lah ape yg da dismpikn..

dn ucapkan selamat tggal kpade smue game2 bodoh tu..



kite sbgi khalifah Allah, msih bnyk tanggungjwb yg prlu kte buat, 

jgn la kte buang mse dgan main game x brgne tu,

kpade yg sakan bersosial sprti di lmn FB n anda dn saye yg brblogging jge, x slah,

tp jgn la shgga kte lalai mnunaikn tggungjwb sbgi seorg hmba Allah..

sedarlah ! sedarlah ! wahai saudara2 semua..

SEKIAN.. :)

RENUNG-RENUNG DAN SELAMAT BERAMAL :)


* akn mghdapi exam midyear slame 3 mggu brtrut2 dlm buln Mei ni, 



knape la bulan Mei  ni jgk exam, dn knape la exam ni ade ! hadeihh~ 

da la subjek elektif smue sush gler, jd budk SAINS mmg susah !

bole bwt kitorg smue jd gler ! wuaaa~



so , mmg akn lme x update blog dn saye mmg jrang update blog pon~ hihi

papepun, doakn kjayaan saye dn kengkwan, sukses sukses ! :D

kengkwan smue jgn ptus asa !

GOODLUCK ! do our best !



sukses,sukses ! yes, we can ! hee~