Wednesday, December 3, 2014

Si Penuntut Ilmu Kembali

                                              Fuuh  fuhh!! *tiup habuk* 
                               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :D 
Haa kemain panjang salam. maklumlah lama tak ketemu. Hyee readerssss. eh ada lagi ke readers blog ni? huhuhu acah readers ramai sat x'D hampir setahun blog ni terbiar tetiba harini terasa nak buka blog hahah rindu pulak nak ber-blog-ing. So harini just nak sapa anda semua dengan sedikit coretan. Harap anda-anda semua sihat begitu juga dengan iman kita. Jangan lupa hati kita ni pun kena kasi makanan rohani yer hehe.

        Pejam celik pejam celik Alhamdulillah harini masih celik. tup2 dah bergelar mahasiswi. cam tak caye je kan. macam-macam rintangan, ujian berhalangan, lompat berpagar semua ombak dan badai lah termasuk saat-saat suka dan duka dah ku lalui. huhehi. apa-apa pun kehidupan harus diteruskan kerana ? kehidupan adalah suatu perjalanan, perjalanan ? mencari Tuhan. yeah, that's right :) carilah redhaNya walau dimana pun kita berada selama nafas masih diberi. 
        
       Tadi, tajuk dalam kelas Falsafah Sains kitorang adalah etika dalam pendidikan. Sebab tu title post ni pun berkaitan ilmu. hehe. So nak share sikit la ke'sentap'an yang me myself rasakan tadi dalam kelas. huhu. btw, tak rasa sentap dalam kelas falsafah sains tu tak sah sebab kita kena tahu dan lihat kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan. anyway I love Falsafah Sains and the lecturer :) ni nak habaq dekat kengkawan di luar sana yang bergelar  pelajar/mahasiswa/mahasiswi *termasuklah empunya diri* jom set niat kita datang ke sekolah/universiti untuk mencari ilmu bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah. Bila dah graduate, bukan bermakna ilmu kita pun terhenti di situ tapi sebenarnya itu adalah permulaan untuk kita meneroka ilmu yang lebih luas. Betul dok? Indeed, ilmu itu tidak mengenal umur. Ilmu tu penting sebab ilmu tu yang akan menjaga kita dengan izinNya kerana dengan ilmu kita akan nampak kebenaran. Share ilmu yang kita ada untuk pembangunan sejagat. Dan dalam kita menuntut ilmu tu, biarlah ikhlas dan jujur. Sekali kita menipu/meniru dalam peperiksaan, selamanya tidak berkat hingga ke pekerjaan, jawatan dan hasil yang kita dapat untuk family dan anak-anak kita nanti. Taknak lah kan. So moh ler kita berusaha jadi manusia yang berakhlak dengan mentality yang first class gitu. In shaa Allah. to find success, we have to always remember Him in everything we do. wallahu'alam ;)

*hope to write again soon, but dunno how long is my 'soon' haha ilalliqa' ! --jumpa lagi jika ada umur yang panjang. doa-doakan <3

No comments:

Post a Comment