Dalam dunia ini ,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri .
Tetapi dalam kita bersendiri ,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita .
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat , begitu juga dia .
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu .
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita .
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya .
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya .
Bagi kita , Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri .
Kita terlupa , kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti ..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati .
Kita beri beribu alasan , memaksa dia menerima alasan kita .
Waktu itu , terfikirkah kita tentang perasaannya ??
Seperti kita , dia juga tahu rasa kecewa .. tetapi kita sering terlupa .
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia .
Dia mendengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan , harapan dan impian kita luahkan ,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah .
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita ,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita .
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya , rasa takutnya ?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita ?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah ?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai , kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah ?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan ?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita .

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan ,
Kerana dia juga seorang manusia , dia juga ada rasa takut , ada rasa bimbang , sedih dan kecewa .
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan .
Jadilah kita kawannya itu . Kita selalu melihat dia ketawa , tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka .
Disebalik senyumannya itu , mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan ,
Disebalik kesenangannya , mungkin tersimpan seribu kekalutan ,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia , mungkin kita akan tahu ..
p/s : kawan2 semua !! aku syg korg !! <3 :')
No comments:
Post a Comment